Penyamaran tentera Penyamaran

Askar menyamar ketika misi latihan.
Rencana utama: Penyamaran tentera

Teknik penyamaran tidak begitu luas penggunaannya dalam peperangan zaman silam. Tentera abad ke-18 dan ke-19 cenderung berpakaian serba segak dan berwarna-warni, dengan tujuan menggentarkan musuh, menarik rekrut, memupuk perpaduan unit, atau memudahkan pengenalpastian unit dalam kabus perang yang sering dialami di medan perang sebelum terciptanya serbuk meriam yang tidak berasap.

Angkatan bersenapang Jäger pada abad ke-18 merupakan tentera pertama yang menyesuaikan warna hijau atau kelabu yang kekusaman, sehingga dicontohi oleh kuasa tentera utama. Pada tahun 1857, akibat ramai yang korban dalam perang, tentera British di India terpaksa mencelup pakaian seragam cuaca panas mereka yang berwarna putih dengan warna-warna neutral. Mula-mulanya mereka menggunakan warna perang selut yang bernama khaki (iaitu perkataan Urdu untuk 'habuk'). Pewarnaan khaki ini sekadar langkah sementara sehingga tentera British beralih ke pakaian merah atau putih, sehingga warna khaki ditetapkan untuk khidmat tentera di India pada 1880-an. Pada tahun 1902, ketika Perang Boer Kedua, pakaian berperang "khidmat tempatan" (i.e. bukan tropika) seluruh tentera darat British diseragamkan dengan kain serj berwarna khaki yang lebih gelap. Tentera-tentera lain, seperti dari Amerika Syarikat, Rusia, Itali, dan Jerman juga mengikut jejak British dengan perpakaian serba khaki, kelabu, kelabu kebiruan atau mana-mana warna yang sesuai dengan persekitaran mereka.

Jaring-jaringan, bahan semula jadi, corak warna porak-peranda, dan cat yang bersifat inframerah, termal atau radar khas juga dipasang pada kenderaan, kapal, pesawat, pemasangan dan bangunan tentera. Contohnya, penggunaan penyamaran silau pada kapal ketika Perang Dunia I.

Sut Ghillie dipakai oleh penembak hendap dan pengesan bantuan mereka untuk meningkatkan lagi keberkesanan penyamaran, bukan sahaja menggabungkan warna, malah juga ranting, daun dan bermacam-macam dedaun untuk mengherot-benyotkan bentuk badan manusia serta menggantikan corak pakaian mereka dengan warna-warna dan bahan-bahan dari persekitaran terdekat agar sukar dikesan walaupun diperhati oleh binokular atau dari pesawat.

Galeri

  • Askar British menyamar ketika menjalankan Operasi Desert Shield
  • APC yang bercat corak samaran
  • Kapal tentera disamarkan agar sukar dilihat di laut
  • Askar bersamaran musim sejuk ketika Pertempuran Bulge
  • Helikopter yang bersamaran
  • Corak samaran flecktarn Jerman
  • Muka askar bercat samaran
  • Penyamaran di gurun
  • Seorang penembak curi dengan penyamaran saman ghillie dipanggil